Monday 11 July 2011

HARI ANUGERAH CEMERLANG 2011

Sekitar majlis Hari Anugerah pada 27/6/2011 yang dirasmikan oleh En. Mohd Nazri Shafie, YDP PIBG SKDWMS..

Sebahagian  daripada guru-guru lelaki dan perempuan...

 En. Nazri diiringi oleh Guru Besar dan PK1 ke Dewan Saidina Abu Bakar
 Tekun mendengar bacaan Al-Quran daripada Adik Habib Sobhi
 Persembahan murid-murid....Boria dan Coral Speaking..

 Salah seorang penerima hadiah. Tahniah kepada semua penerima hadiah bagi tahun 2011...
 Salah seorang murid yang mendapat 5A pada UPSR 2010, dan kini melanjutkan pelajaran di MRSM Kulim, Tahniah!

Saya sebagai Setiausaha Hari Anugerah Cemerlang SKDWMS 2011 mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua warga SKDWMS kerana hasil kerjasama semua, majlis ini dapat berlangsung dengan jayanya....

Sunday 10 July 2011

Sambutan Hari Guru SKDWMS 2011

 Para peserta tekun mendengar arahan.....
 Guru Besar SKDWMS ..
 Posing sebelum acara bermula..
 Pertandingan Kerusi Muzik...guru dan murid..
 Para guru menunjukkan kebolehan menyanyi...
 Jamuan Hari Guru...makan pulut durian...
 Acara sukaneka,..apa yang penting...kerjasama...                          SELAMAT HARI GURU......

Tips menjadi Guru Yang Perkasa

Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa

Terhadap Murid:

1) Punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
2) Hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
3) Kenal, hormati dan percayai murid-murid
4) Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis
5) Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
6) Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
7) Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan musikal dn kebudayaan.

Terhadap Mengajar:

1) Melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
2) Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
3) Adil dalam menilai dan menggred
4) Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
5) Bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
6) Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami
7) Dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
8) Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
9) Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
10)Secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan
11)Menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin:

1) Seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
2) Seorang yang 'laparkan' ilmu, sentiasa 'up to date' dalam bidangnya dengan membaca dan menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar serta mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
3) Juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
4) Aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya
5) Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
6) Bina dan mengekalkan perhubungan profesional
7) Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Secara Peribadinya:

1) Tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan ketika mengajar
2) Kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi
3) Berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.


Marilah sama-sama kita renungkan ...Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk pula kita jadikan ia sebagai sempadan.. Isya-Allah..

CIKGU DAN GURU ...

Cikgu, guru itulah panggilan yang diberikan kepadamu
Kau mendidik anak bangsamu dengan ketulusan hatimu
Kau berdedikasi untuk mengajarkan yang terbaik
Untuk melahirkan anak didik yang boleh berjaya suatu hari nanti.


Guru, kau seorang insan yang teristimewa
Baktimu kalahkan bak gunung Everest
Jasamu tidak ternilai harganya
Kau bak sebatang lilin yang sering menyinari kegelapan muridmu.

Guru, betapa kau dihormati oleh segala lapisan masyarakat
Tugasmu begitu mencabar dan jiwamu begitu kental
Setiap hari kau akan berdepan dengan pelbagai cubaan
Namun rintangan yang mendatang kau dapat menangkisnya.

Guru, kau seorang yang tegas dan berwibawa
Ketabahanmu membuat kau sentiasa redha
Kau berkaliber dan berhati mulia
Kau sering dijadikan cermin oleh anak didikmu.

Guru, kau seorang yang bersemangat waja
Kesabaranmu membuat kau betah untuk meneruskan perjuanganmu
Demi membela anak bangsamu untuk maju ke hadapan
Kau sememangnya seseorang yang patut dihargai.

Semoga Hari Guru ini akan membuat kau bahagia dan gembira
Doaku agar kau sekalian diberi rahmat dan hidayah dari Illahi
Dengan melaksanakan tugasmu sebagai seorang guru
Teruskanlah perjuanganmu, wahai insan yang bergelar GURU...







Thursday 16 June 2011

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

Salam Ukhuwah ... Tugasan kali ini ialah mengenai Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa di sekolah. 

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan  membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. 

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. 
Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. 


Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut , sila klik di sini ---->


dan 




Monday 13 June 2011

Hai Rakan-rakan Blogger ...

Post terbaru ini saya akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk mencipta blog anda dengan sendiri...

Apa itu blog?


Blog ialah satu laman web yang mudah digunakan di mana anda dapat berkongsi pemikiran anda dengan orang lain dan banyak lagi.


Cara-cara Mencipta BLOG


Langkah 1: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'










Langkah 2 : Lengkapkan maklumat diri


  • alamat email
  • kata laluan
  • nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)
  • word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla
  • Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan
Setelah selesai, klik 'continue'



Langkah 3:





  • Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini.
  • Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Setelah selesai, klik butang 'continue'

Langkah ke 4:

Seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'




Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.





Mulakan blogging  jika ingin menulis apa-apa yang ingin disampaikan di dalam blog anda.Tulis tajuk pada title dan pada artikel yang anda buat.Klik pada butang 'Publish Post' selepas selesai menaip.Klik pada "View Blog" untuk melihat blog yang anda tulis tadi.





Selesai.. Anda baru sahaja mencipta blog anda dengan sendiri. Tahniah....

Thursday 9 June 2011

ICT dalam Pengajaran & Pembelajaran.

Maksud Penggunaan ICT


Penggunaan ICT dalam P&P bermaksud menggunakan ICT secaraterancang, bersesuaian,dan berfikrah untuk meningkatkan kecekapan proses dan keberkesanan P&P.



Menggunakan ICT Dalam P&P

Tutorial
Penerokaan (eksploratori)
Aplikasi
Komunikasi

* untuk paparan selanjutnya , sila klik link di bawah -->

http://www.scribd.com/doc/6459971/ICT-dalam-Pengajaran-dan-Pembelajaran