Sunday 10 July 2011

Tips menjadi Guru Yang Perkasa

Sifat dan Ciri-Ciri Seorang Guru Yang Perkasa

Terhadap Murid:

1) Punyai empati dan komitmen dalam menghargai maruah orang lain (iaitu anak didik, ibu bapa dan rakan sejawat) dalam mengejar hasil dari segi afektif dan juga kognitif
2) Hubungkan 'mata plajaran' dengan kehidupan murid-murid
3) Kenal, hormati dan percayai murid-murid
4) Mengajar murid-murid bagaimana hendak belajar, menganalisa dan berfikir secara kritis
5) Menjana idea-idea baru dan menarik bagi murid-murid berfikir mengenainya
6) Menggalakkan murid-murid bertanyakan soalan mengenai pelajaran
7) Hadir dalam lain-lain aktiviti di mana murid-murid terlibat seperti sukan, persembahan musikal dn kebudayaan.

Terhadap Mengajar:

1) Melakukan refleksi dan kritik-kendiri, mercu tanda profesionalisme seorang guru
2) Berfikir secara sistematik mengenai amalannya dan belajar daripada pengalaman
3) Adil dalam menilai dan menggred
4) Fleksibel dalam pendekatan-pendekatan pengajaran dan pembelajaran
5) Bersemangat dalam mengajar , murid-murid dalam sesuatu mata pelajaran
6) Seorang komunikator yang cemerlang; mampu menjadikan idea-idea yang kompleks mudah difahami
7) Dengan itu murid-murid dapat memahami dan menghargainya
8) Sering mengukur kemajuan dan memberikan maklumbalas kepada murid-murid
9) Merancang pengajaran terlebih dahulu, beri masa yang cukup bagi setiap tajuk, dan menyepadukan mata pelajaran
10)Secara berterusan mengukur pendekatan, syarahan dan ujian-ujian bagi memastikan kurikulum yang sentiasa 'baru dan segar' serta relevan
11)Menyertai jawatankuasa-jawatankuasa bagi menambahbaik sekolah, jabatan atau dirinya sendiri.

Terhadap Disiplin:

1) Seorang yang pakar dalam bidang yang dia ajar
2) Seorang yang 'laparkan' ilmu, sentiasa 'up to date' dalam bidangnya dengan membaca dan menghadiri konferens, konvensyen, bengkel dan seminar serta mengikuti kursus-kursus dalam perkhidmatan
3) Juga seorang yang suka 'belajar' perkara-perkara di luar bidangnya
4) Aktif dalam penubuhan profesional dan menggalakkan rakan sejawat menyertainya
5) Menjadi ahli kepada komuniti yang belajar
6) Bina dan mengekalkan perhubungan profesional
7) Bekerja dalam organisasi sekolah yang luas

Secara Peribadinya:

1) Tunjukkan contoh dan teladan yang utuh di dalam atau di luar bilik darjah dan ketika mengajar
2) Kebertanggungjawaban murid-murid serta standard yang tinggi
3) Berfikiran terbuka, rendah diri, dan bersikap optimistik.


Marilah sama-sama kita renungkan ...Yang baik dijadikan teladan dan yang buruk pula kita jadikan ia sebagai sempadan.. Isya-Allah..

6 comments:

Nor Hayati Nor Aziz said...

info yang baik untuk dimanfaatkan....

Haslindawati said...

sama2 lah kita memperkasakan diri kita agar menjadi guru yang cemerlang,insyaallah...

upinipin said...

guru perlukan kesabaran yang tinggi.

Wan Ita said...

TQ,SEMUA TIPS TU SGT MEMBANTU

MUHAMAD SOBRI B ABDUL RAHIM said...

tip yang berguna

Che Amran bin Hamid -s210282 said...

Tips yang dapat dikongsi bersama