Thursday 16 June 2011

PENGGUNAAN KOMPUTER DALAM PENGAJARAN BAHASA

Salam Ukhuwah ... Tugasan kali ini ialah mengenai Penggunaan Komputer Dalam Pengajaran Bahasa di sekolah. 

“Pendidikan bertaraf dunia” sebagai wacana dalam dasar pendidikan negara meletakkan proses pendidikan sebagai satu bidang yang penting dalam kehidupan seharian khususnya di sekolah-sekolah yang berfungsi sebagai institusi perkembangan ilmu. Pengiktirafan yang diberikan terhadap bidang pendidikan  membawa satu implikasi dan impak yang serius terhadap profesion perguruan yang secara langsung terlibat dalam sistem penyampaian ilmu. 

Pendidikan bertaraf dunia mempunyai wawasan ke arah melahirkan generasi yang mengamalkan budaya fikir, kritis, kreatif dan inovatif. 
Hanya manusia yang berbudaya fikir dapat bersaing di medan antarabangsa serta menjana idea ke arah pembangunan tamadun ilmu, masyarakat, budaya, bangsa dan negara. 


Jika ingin mengetahui dengan lebih lanjut , sila klik di sini ---->


dan 




4 comments:

Haslindawati said...

=)

pizah said...

kepentingan ICT dalam memartabatkan bahasa Melayu memang tidak dapat disangkal lagi. Justeru sebagai pendidik marilah kita bersama menyahut cabaran dunia ICT ini.

zainiti osman 210455 said...

kepentingan ICT tidak dapat dinafikan lagi,penggunaannya dalam semua subjek dapat meningkatkan proses p&p dan murid akan lebih berminat untuk belajar, oleh itu para pendidik harus peka dan celik IT

norizam8571 said...

ICT dengan kepelbagaian teknik pengajaran ,akan menjadikan p&p lebih berkesan.