Monday 13 June 2011

Hai Rakan-rakan Blogger ...

Post terbaru ini saya akan berkongsi dengan anda cara-cara untuk mencipta blog anda dengan sendiri...

Apa itu blog?


Blog ialah satu laman web yang mudah digunakan di mana anda dapat berkongsi pemikiran anda dengan orang lain dan banyak lagi.


Cara-cara Mencipta BLOG


Langkah 1: Pergi ke laman Blogger. Klik butang 'create your blog now'










Langkah 2 : Lengkapkan maklumat diri


  • alamat email
  • kata laluan
  • nama yang akan dipaparkan - dikaki setiap pos.. posted by xxxxxx (namapaparan)
  • word verification - taipkan berdasarkan perkataan yang tertera. Contoh di sini: Boyla
  • Klikkan kotak tanda setuju dengan syarat yang diberikan
Setelah selesai, klik 'continue'



Langkah 3:





  • Isikan 'Blog Title' iaitu tajuk blog anda, contohnya: Panduan Membina Blog merupakan tajuk blog ini.
  • Blog Address: tentukan alamat blog anda, selepas memilih alamat yang anda inginkan, klik "Check Availability" untuk menentukan sama ada alamat pilihan anda telah berpunya atau belum. Jika ianya sudah berpunya, anda hendaklah memilih alamat yang lain.
  • Setelah selesai, klik butang 'continue'

Langkah ke 4:

Seterusnya anda hendaklah memilih template / rekaan blog yang disediakan, kemudiannya klik 'continue'




Maka dengan ini, anda telah berjaya mengikuti langkah-langkah membina blog dan juga berjaya membina blog anda sendiri.





Mulakan blogging  jika ingin menulis apa-apa yang ingin disampaikan di dalam blog anda.Tulis tajuk pada title dan pada artikel yang anda buat.Klik pada butang 'Publish Post' selepas selesai menaip.Klik pada "View Blog" untuk melihat blog yang anda tulis tadi.





Selesai.. Anda baru sahaja mencipta blog anda dengan sendiri. Tahniah....